Penggunaan semula air mencatatkan pertambahan kapasiti sebanyak 21.1 juta m³/hari pada 2025, iaitu pertambahan kedua tertinggi pernah direkodkan, menurut IDRA Desalination & Reuse Handbook 2026-2027
News originally published by
GlobeNewswireOXFORD, United Kingdom, Nov. 27, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Penyelidikan terbaharu oleh Global Water Intelligence menerusi IDRA Desalination & Reuse Handbook 2026-2027 menunjukkan bahawa penambahan kapasiti terpasang untuk penggunaan semula air sisa mencecah 21.1 juta m³/hari pada 2025, iaitu jumlah tahunan kedua tertinggi yang pernah direkodkan. Pencapaian ini didorong oleh penambahan kapasiti yang mencatat rekod baharu di China, sekali gus meningkatkan jumlah kapasiti terpasang global kepada lebih daripada 225 juta m³/hari. Secara purata, kapasiti projek yang dianugerahkan kontrak sejak 2019 adalah 83% lebih tinggi berbanding tempoh tujuh tahun sebelumnya.
Apakah mendorong pertumbuhan penggunaan semula air?
- Sasaran dan mandat: Pelan Lima Tahun Ke-15 China meningkatkan sasaran penggunaan semula air bagi bandar yang mengalami kekurangan air daripada 25% kepada 30%, manakala India telah mencadangkan sasaran sebanyak 20% menjelang 2027–2028 dan 50% menjelang 2030–2031.
- Permintaan industri: Di seluruh Asia, pengeluar semikonduktor dan pusat data menyumbang kepada sebahagian besar projek perindustrian baharu berskala besar. Sementara itu, aktiviti di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara masih tertumpu terutamanya pada pengairan pertanian.
Mengapa sasaran masih belum tercapai?
-
Sasaran tidak semestinya tercapai: Utiliti terbesar di California gagal mencapai unjuran penggunaan semula air masing-masing sebanyak satu pertiga, berikutan permintaan yang lemah terhadap air kitar semula untuk kegunaan bukan minuman serta kekurangan infrastruktur pengagihan.
Apakah implikasinya terhadap teknologi rawatan air?
- Piawaian rawatan semakin ketat: Rawatan tertier merupakan segmen teknologi terbesar dalam penggunaan semula air, didorong oleh standard kualiti air yang semakin ketat dalam sektor perindustrian dan pertanian.
- Penggunaan semula air untuk minuman terus berkembang: Piawaian baharu diperingkat negeri di Amerika Syarikat menunjukkan potensi peluasan penggunaan ini pada penghujung 2020-an dan awal 2030-an. Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap rawatan lanjutan berikutan peraturan berkaitan penggunaan semula air untuk bekalan air minuman serta kawal selia berhubung bahan cemar baharu, peluang dalam teknologi penghalang tiga lapis dijangka berkembang dengan ketara.
“Penggunaan semula air berkembang pesat dan permintaannya semakin meluas. Daripada penggunaan semula air untuk bekalan air minuman di Amerika Syarikat kepada keperluan industri di rantau Asia Pasifik serta pusat data di seluruh dunia, potensi pertumbuhan dalam sektor ini dijangka terus meningkat sepanjang dekad akan datang,” kata Hugo Birch, Ketua Bahagian Penyahgaraman dan Penggunaan Semula Air di Global Water Intelligence. “Namun, penetapan sasaran tidak secara automatik menjamin pelaksanaannya dan ketidaktentuan kos kekal sebagai halangan utama, khususnya dalam memperluas penggunaan semula air untuk bekalan air minuman.”
IDRA Desalination & Reuse Handbook 2026-2027 tersedia kepada pelanggan GWI DesalData, Global Water Intelligence dan WDR di: https://www.globalwaterintel.com/documents/idra-desalination-and-reuse-handbook-2026-2027
Perihal Global Water Intelligence
Global Water Intelligence (GWI) ialah penyedia risikan pasaran terkemuka bagi industri air antarabangsa. Buku panduan tersebut (merangkumi lebih 150 projek guna semula air yang dianugerahkan kontrak pada 2025-26 dan lapan direktori syarikat) boleh didapati di www.desaldata.com
HUBUNGI: Hugo Birch
SYARIKAT: Global Water Intelligence
TELEFON: +44 (0)1865 204208
E-MEL: salesteam@globalwaterintel.com
WEB: https://www.desaldata.com
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
